APA ITU INDUSTRI PELANCONGAN

INDUSTRI PELANCONGAN

Industri

Perindustrian bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan dikebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga buruh.Pada zaman sebelum merdeka hinggalah sekarang, sektor perindustrian mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara.

Dalam proses memajukan Negara , tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini .Ini merupakan inisiatif  bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting kenyataan ,“Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan kepada sektor  perindustrian” Hal ini telah menjadikan sektor perindustrian di Negara ini antara sektor terpenting dalam penyumbang kemajuan Negara. Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor yang sebahagiannya boleh diperdagangkan termasuklah industri pelancongan.

Pelancongan

Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991).

Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah Wahab dan Cooper, 2003).

Dari perspektif sejarah, pelancongan bermula kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang (terutamanya dalam abad ke 2 tahun Masihi), orang Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan dibina dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah tumpangan telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan perkhidmatan (Inskeep, 1996).

Ironinya, begitulah serba ringkas senario perkembangan sektor pelancongan di dunia sehingga ke hari ini. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi, kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan hubungan yang baik antara sebuah negara dengan negara yang lain, sektor pelancongan terus menjadi sektor yang semakin berkembang terutamanya dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006).

Industri Pelancongan

Oxford English Dictionary mendefinisikan pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan.

Kini Malaysia di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan juga merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

Pelancongan merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik.

Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh. Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi Negara.

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk  pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan Hong Kong.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa,kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit)di dalam dan luar negara.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ditubuhkan pada tahun 1987. Kementerian ini memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Walaubagaimanapun, sektor pelancongan negara telah mula dilihat mengalami perkembangan positif pada era tahun 70an. Ketibaan pelancong melalui udara dan air ke Malaysia telah meningkat.

Sektor pelancongan negara dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an. Pada ketika ini negara sudah aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar. Pada tahun 1987, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1990 kerajaan telah menaiktaraf kementerian tersebut kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Dengan penubuhan tersebut, ia telah merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan negara.

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN  EKONOMI NEGARA.

Dari segi ekonomi,sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Di samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Oeh itu,sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi ekonomi terhadap negara kita.

Dari segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia.Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini telah membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum Air”.

HALANGAN/CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.

Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.

Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini,negara kita mempunyai alam sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong  hendak menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.

Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita akan hadapi . politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai contoh, Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.

Bukan itu sahaja, kebudayaan tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti  permainan, seni , persembahan yang tradisional dan seandai-andainya.

Konkluksinya, negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.

SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun.  Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan.

Di dalam menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau, menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa dan serantau, menempatkan Malaysia sebagai pusat konvensyen, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah, mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi penggunaan statistik pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri Pelancongan berkembang bagi kepentingan negara.

Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170 program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, sukan, konvensyen dan pameran.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah  diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.  Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti  pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi   yang   lengkap   dan   meluas.  Penganjuran  sukan   bertaraf   antarabangsa   dapat memperkenalkan  negara  kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar  negara  seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan   tanpa   menunggu   musim-musim   tertentu   sahaja.

Dengan   cara   ini,   kita   dapat meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain  itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan.

Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan adalah melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan memanfaatkan promosi dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan. Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna, interaktif dan mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.

Pembangunan dan pelaksanaan produk serta kemudahan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR

SMIDEC ditubuhkan untuk mengatasi masalah IKS , memperkenalkan pelbagai program contoh membuat promosi tentang IKS ,bantuan teknikal modal serta pemberian subsidi. Merapatkan kerjasama dengan syarikat besar, sentiasa memastikan keluaran IKS adalah bermutu dan bertaraf global. Program penyelidikan dan pembangunan di berikan kepada teknologi IKS. Teknologi IKS yang berinovatif akan diberikan pengecualian cukai iaitu Program Tahap Perintis. Elaun bagi modal yang dilaburkan oleh IKS.Perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D akan diberikan pemotongan cukai. Agensi dan badan yang membantu untuk penyelidikan IKS ialah Mimos dalam bidang telekomunikasi , MARDI, PORIM dan MPOB dalam bidang pertanian, SIRIM Mengiktiraf kualiti keluaran rekebentuk dan kejuruteraan. Program Rantaian Industri (ILP) ialah untuk merapatkan hubungjalin atau kerjasama dengan syarikat besar dan multinasional. Program ini bertujuan menjadikan IKS sebagai pengeluar penting kepada  barangan elektronik, komputer, aksesori mesin dan sebagainya. IKS bertindak sebagai vendor kepada syarikat besar.

Program Bantuan Kewangan oleh institusi kewangan dan SMIDEC.Contoh apabila IKS menghadapi masalah kewangan aka nada tabung untuk memulihkan krisis kewangan tersebut. PAKSI pula bertindak sebagai permulaan kepada IKS untuk membiayai modal kerja, membeli jentera ,mesin dan lot kilang.Tabung Bantuan Teknikal Industri ditubuhkan bertujuan untuk memberi geran. Tujuan tabung ini ialah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan produk pengeluaran . MARA, MIDF, Agrobank adalah agensi yang terlibat yang sentiasa memberi bantuan pinjaman kewangan kepada IKS yang mempunyai masalah permodalan dan kewangan IKS. Program Pembangunan Infrastruktur oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan UDA ( Perbadanan Pembangunan Bandar). Program ini menyediakan tapak kilang dan prasarana yang baik kepada  IKS. Taman Perindustrian IKS ditubuhkan disetiap negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri dan Malaysian Industrial estate Sendirian Berhad (MIEL). Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja IKS. Menyediakan klinik perniagaan , seminar , latihan dan bantuan kepada IKS. MARA berindak memberi ilmu dalam bidang keusahawanan , memberi pinjaman, semangat dan bagaimana memulakan ilmu IKS. Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan untuk memberi ilmu kemahiran dalam bidang jahitan, kraftangan, pertukangan dan sebagainya.MEDEC (Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia) bertujuan memberi latihan, ISO 9000 dan ilmu usahawan kepada IKS.MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia ) untuk meningkatkan produk dan mutu pengelauaran IKS. FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), MARDI ( Institute Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) adalah contoh pelbagai agensi yang menbantu menyediakan latihan kemahiran dan teknikal.Mereka juga bertindak memberikan ilmu usahawan kepada IKS.

Pembangunan Pemasaran untuk mempromosikan keluaran IKS seperti pameran , lawatan perniagaan, majalah portal , ekspo atau carnival untuk membantu memasarkan produk IKS. MARA  ditubuhkan untuk memberi latihan , ilmu dan kemahiran kepada IKS bagaimana memulakan perniagaan. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bertindak memasarkan barangan pertanian dan memasarkan produk tersebut. MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) memberi ilmu tentang produktiviti, dalam import dan eksport barangan ke luar negara, memeperluaskan pasaran produk IKS.